Followers

Thursday, September 22, 2016

Kalau Aku Ditanya


kalau aku ditanya kenapa aku menghilangkan diri. akan aku jawab. aku bukan menghilang. hanya memberi ruang pada diri. kerana aku selesa begini.

kalau aku ditanya. kenapa aku menyepi. jawapanku, bukan aku menyepi, aku hanya memilih untuk tidak berkata. kerana aku tiada kata kata untuk diperkatakan. kerana aku juga takut, khuatir, kata kata ku, akan menggurismu. kerana hatiku, sudah kaku untuk berkomunikasi seperti dahulu. kerana ku, sudah lupa bagaimana caranya untuk ku berkomunikasi denganmu seperti dahulu. aku lupa.

kalau aku masih ditanya. mengapa begini. akan ku jawab. aku masih belum bersedia untuk langkah ke depan. mengejar sesuatu yang semakin berlari. sebalik nya, aku pilih untuk ke kanan, mengejar diri ku semula yang dulu nya telah hilang dan hanyut bersama memori.

sesungguhnya, aku tidak lagi memaksa. bukan cara ku memaksa memaksa. saat aku memaksa, saat tu juga aku merasakan aku bukanlah manusia yang dipunyai oleh jasadku.

maka. aku akan lepaskan tali. terbanglah kau, pergilah bersama angin yang kau pilih. aku xkan memaksa. kerana aku sudah sebati sebegini. selesa mencabar diri bersama sendiri, berbanding bersamamu.

kalau kau berkata, kau sedih. kecewa, dengan tindakan ku. sesungguhnya, dalam sepi ku, banyak kesedihan dan kekecewaan yang ku tanggung, sendiri. aku cuma pilih, untuk mengunci.

aku tidak berubah. hati ku yang berubah kerana terlalu sakit. walau sebagaimana keras usaha ku untuk kelihatan biasa, masih "awkward" yang aku rasa. aku syak, kau dapat rasakan. tapi kau nafi.

cukup dengan "self denying" yang kau lontarkan. aku mohon. tolong jujur pada diri. terlalu sakit aku rasakan bila melihat matamu, kerana di situ, kebenaran yang aku jumpa.



*** entah kenapa aku terpanggil untuk taip balik semula dekat sini. HAHA. okbai.















Tuesday, January 12, 2016

blank

pernah x ada satu rasa. yang dulunya mencair n melimpah bak air laut yang tak pernah kering. tapi harini seakan mati. beku. sebeku blok ais yang kedai minai ade jual. kaku dan dingin. mungkin ke ni yang dinamakan freeze?


Wednesday, January 8, 2014

angka 3 dan setengah.

Assalamualaikum. Hai ! (:

Yeayyy! Alhamdulillah, 3 papers down, 1 more to gooo ! :)
Alhamdulillah, diberi kesembuhan pada diri setelah 2 minggu terseksa. :) tinggal satuu jee laagii. bersemangat lahh wahai haati. 

3 and half years. taught me a lot bout life. jatuh bangun masa zaman universiti kunun nya. hahaha. terkilan, sebab ada yang belum tercapai. rasa ade sesuatu yang tertinggal yg harus dicari sebelum melangkah keluar.

.... if someone said three years from now.., hmmm, what will happen to me? @.@

tade ayatt. mungkin harus disampaikan dalam bentuk lukisan robot kotak yg satu satunya aku pandai buat.

out there. one dayy. i wish.

okbai !

Sunday, December 22, 2013

duapuluhdua haribulan duabelas duaributigabelas

Assalamualaikum :)

Holla !

hari ni. 22/12/2013. tahun lepas. 22/12/2012. cantek tarikh. hahaha. ok tade motif pon dekat situu. hik hik hik *gelak terencat

tiba saat study week yang terakhir, saat yang ditunggu tatkala kaki baru mendaki fasa pertama ketinggian gunung pada akhir tahun 2010. 2010, 2011, 2012, 2013. sekejap masa berlalu. rasa sebak. rasa sedih. rasa kerinduan untuk kembali bergelar pelajar. rasa sesuatu yang hilang bila tiba waktu kelas yang terakhir di bumi UM. hmmm.

minggu minggu terakhir bergelar pelajar UM fakulti sains, banyak sungguh dugaan dan kerja yang menguji minda dan fizikal. 2 minggu tido tak tentu. emosi terganggu, kalah rasanya time nak submit thesis dulu. haaihh.

projek, video, assignment, test, talk, akhirnya berakhir dengan aman. tinggal satu je lagi, poster. +__+

dalam hati. poster je ponnn. huwawawaaa.

hari ni. 22/12/2013. diarrhea paling terok di abad ni yang aku pernah kena. *dalam hati, ko dgn diarrhea mmg sebati. takboleh terpisah. werrkkhhh werkhh werrkkhh.

hari ni. 22/12/2013. selongkar album lama lama amek gamba masa kecik dulu. tengok muka sendiri. rasa aku lah budak degil yang selalu kena marah dulu. yang suka guna kuasa ditangan membuli org lain. har har har. tp bile dah besauu, aku dah mula behave.., laa sikit. hiksss

hari ni. 22/12/2013. mengidam bukan bukan. mintak tu mintak ni. sanggup beratur panjang sebab nk beli putu buluh. padahal aku makan sikit jeee. sebab selera mati dgn serta merta. kan dahh membazir +_+

hari ni. 22/12/2013. aku baru tahu hakikatnya bahawasanya sangat lah bosan bila gemok tade dekat rumah. hanya memel tempat bermain. haisshhh.

22/12/2013. berharap ianya terhenti di sini. terhenti di 2013. 2014. masih panjang. masih jauh untuk aku rencana kan. terasa asing. hmmm. hmmmm.