Followers

Thursday, September 22, 2016

Kalau Aku Ditanya


kalau aku ditanya kenapa aku menghilangkan diri. akan aku jawab. aku bukan menghilang. hanya memberi ruang pada diri. kerana aku selesa begini.

kalau aku ditanya. kenapa aku menyepi. jawapanku, bukan aku menyepi, aku hanya memilih untuk tidak berkata. kerana aku tiada kata kata untuk diperkatakan. kerana aku juga takut, khuatir, kata kata ku, akan menggurismu. kerana hatiku, sudah kaku untuk berkomunikasi seperti dahulu. kerana ku, sudah lupa bagaimana caranya untuk ku berkomunikasi denganmu seperti dahulu. aku lupa.

kalau aku masih ditanya. mengapa begini. akan ku jawab. aku masih belum bersedia untuk langkah ke depan. mengejar sesuatu yang semakin berlari. sebalik nya, aku pilih untuk ke kanan, mengejar diri ku semula yang dulu nya telah hilang dan hanyut bersama memori.

sesungguhnya, aku tidak lagi memaksa. bukan cara ku memaksa memaksa. saat aku memaksa, saat tu juga aku merasakan aku bukanlah manusia yang dipunyai oleh jasadku.

maka. aku akan lepaskan tali. terbanglah kau, pergilah bersama angin yang kau pilih. aku xkan memaksa. kerana aku sudah sebati sebegini. selesa mencabar diri bersama sendiri, berbanding bersamamu.

kalau kau berkata, kau sedih. kecewa, dengan tindakan ku. sesungguhnya, dalam sepi ku, banyak kesedihan dan kekecewaan yang ku tanggung, sendiri. aku cuma pilih, untuk mengunci.

aku tidak berubah. hati ku yang berubah kerana terlalu sakit. walau sebagaimana keras usaha ku untuk kelihatan biasa, masih "awkward" yang aku rasa. aku syak, kau dapat rasakan. tapi kau nafi.

cukup dengan "self denying" yang kau lontarkan. aku mohon. tolong jujur pada diri. terlalu sakit aku rasakan bila melihat matamu, kerana di situ, kebenaran yang aku jumpa.



*** entah kenapa aku terpanggil untuk taip balik semula dekat sini. HAHA. okbai.















No comments:

Post a Comment